Stok Naturactor Foundation yang kami import dari Osaka, Jepun untuk dijual di pasaran Semenanjung Utara, Malaysia. |
Terima kasih kerana sudi melawat blog Meiko Cosmetics Utara. Kami merupakan pengedar sah produk Meiko Cosmetics yang tulen / original di bawa dari Osaka, Jepun.
Banyak cabaran yang perlu kami tempuhi sebelum dapat menjadi pengedar sah bagi syarikat Meiko Cosmetics, terutamanya apabila ingin mendidik para pengguna bagaimana untuk membezakan antara produk Meiko Cosmetics yang tulen dan tiruan.
Kami mendapat informasi bahawa di bahagian utara, di Kedah khususnya, belum ada lagi penjual yang menjual produk Meiko Cosmetics yang tulen. Ia adalah satu benda yang tidak menghairankan kerana kami mendapat laporan bahawa produk Meiko Cosmetics yang dipakai oleh pengguna tidak berkualiti.
Produk Meiko Cosmetics yang sering menjadi mangsa tiruan adalah Naturactor Foundation / Naturactor Cover Face. Pengguna yang menggunakan Naturactor Foundation tiruan mendapati teksturnya berminyak dan ini adalah berbeza dengan Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun. Lebih teruk lagi, terdapat kes yang mana wajah si pengguna telah tumbuh jerawat selepas menggunakan Naturactor Foundation yang palsu.
Di post yang akan datang, saya akan membuat sedikit artikel tentang bagaimana untuk membezakan antara produk Naturactor Foundation yang tulen dan palsu. Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan di masa akan datang.
p/s: Sekiranya anda sedang mencari produk Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun, anda boleh like page http://www.facebook.com/meikocosmetics.utara untuk mendapatkannya dengan harga promosi.
Terima kasih. Saya dah dapat parcel (Meiko Naturactor Cover Face 141) daripada sis. Confirm original dari Jepun. Trusted Seller!
BalasPadamTerima kasih kerana membeli dari kami. Kalau sudi, boleh cuba face cleansing set pula nanti ya.
Padam