01 Jun 2014

Anda mencari Dealer Meiko Naturactor di Malaysia? Hubungi Kami.

Naturactor Meiko Cosmetics
Kini anda dapat membeli Naturactor Foundation yang original dari Jepun dengan harga borong.

Adakah anda masih mencari-cari dealer bagi mendapatkan produk-produk Meiko Cosmetics dengan harga borong di Malaysia? Anda boleh hubungi kami dengan segera untuk mendapatkan stok Meiko Cosmetics Naturactor anda untuk dijual atau dipakai sendiri.

Kami sedia membekalkan produk-produk Meiko Cosmetics made in Japan kepada anda dan kami mempunyai pengalaman membekalkan produk-produk tersebut kepada penjual-penjual barang kecantikan di Malaysia.

Berikut adalah harga runcit dan harga borong bagi produk Meiko Cosmetics Naturactor Cover Face mengikut kuantiti yang ditetapkan.

HARGA RUNCIT/ RETAIL :
1-2pcs = RM50/pc
3-4pcs = RM48/pc
5-6pcs = RM45/pc

HARGA BORONG/WHOLESALE :
7-12pcs = RM39/pc
13-18pcs = RM38/pc
19-24pcs = RM37/pc
25-30pcs = RM36/pc
31-40pcs = RM35/pc
41-50pcs = RM34/pc
51-60pcs = RM33/pc
61-70pcs = RM32/pc
71-80pcs = RM31/pc
81-90pcs = RM30/pc
91-100pcs = RM29/pc
101 dan keatas = hubungi kami untuk harga istimewa.

Hubungi kami segera di 014-3461548 / 014-3461317 untuk mendapatkan stok Naturactor anda dengan segera.

p/s: Kami hanya menjual produk Meiko Cosmetics yang diimport terus dari Jepun.

11 Mei 2014

Jom borong produk Meiko Cosmetics original dari Jepun

Masih mencari pembekal / supplier bagi produk-produk Meiko Cosmetics yang sah dan dipercayai untuk dijual pada harga runcit?


Kami membekalkan produk-produk Meiko Cosmetic secara borong kepada individu yang berminat untuk dijual semula pada harga runcit. Harga yang ditawarkan adalah sangat kompetetif dan anda dapat margin keuntungan yang tinggi jika dijual pada harga runcit.

Produk Meiko Cosmetics sudah mendapat tempat dihati pengguna kerana berkualiti dan terbukti berkesan. Ia adalah salah satu sebab mengapa produk jenama Meiko Cosmetics sangat mudah dijual.

Mengapa anda perlu mula menjual produk jenama Meiko Cosmetics?

  • Produk yang dikeluarkan oleh Meiko Cosmetics sangat berkualiti.
  • Produk yang evergreen - anda akan mendapat pelanggan yang membeli berulang kali.
  • Pasaran yang luas - Boleh dijual di butik perkahwinan, gerai mini produk kecantikan atau secara online.
  • Margin keuntungan yang tinggi jika dijual pada harga runcit.

Saya berminat, bagaimana caranya?

  1. Anda boleh hubungi kami di talian 014-3461548 (Whatsapp / Wechat)
  2. Nyatakan nama produk dan kuantiti yang anda inginkan.
  3. Pihak kami akan hantarkan sebut harga / quotation secepat mungkin.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen atau PM page kami di facebook. http://www.facebook.com/messages/meikocosmetics.utara

05 Februari 2014

Adakah produk Meiko Cosmetics halal digunakan oleh Muslim?

Meiko Cosmetics halal
Pertanyaan oleh pengguna Muslim tentang status halal untuk produk Meiko Cosmetics
Menggunakan produk yang halal adalah satu kewajipan yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim. Halal bermaksud sesuatu produk yang bebas daripada kandungan yang dikategorikan sebagai najis (tidak suci) didalam agama Islam, contohnya seperti khinzir, ayam yang tidak disembelih, makanan yang tidak diproses dengan cara yang bersih dan lain-lain. Dalam kata lain, ianya kandungan yang akan membawa mudarat ke atas tubuh badan manusia.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, adakah produk dari Meiko Cosmetics halal digunakan oleh pengguna Muslim? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat apakah kandungan yang terdapat di dalam produk Meiko Cosmetics itu sendiri.

Bagi produk Naturactor Cover Face yang dipasarkan oleh Meiko Cosmetics, kandungannya adalah 100% organik dari tumbuh-tumbuhan. Ianya bermaksud, kandungan di dalam produk ini tidak menggunakan bahan kimia yang dapat memudaratkan tubuh badan dan suci.

Organik Meiko Cosmetics
Standard organik sesuatu produk yang dikuatkuasakan oleh negara Jepun. boleh lihat di http://en.wikipedia.org/wiki/Organic_certification untuk rujukan.

Untuk pengetahuan pembaca, Jepun merupakan salah satu negara yang amat tegas di dalam sikap disiplin dan  kebersihan dalam memproses sesuatu produk. Syarikat Meiko Cosmetics juga adalah salah satu syarikat yang menekankan sikap yang sama di dalam proses pembuatan produk mereka.

Untuk melihat dengan lebih mendalam tentang kandungan Naturator Cover Face oleh Meiko Cosmetics, berikut adalah kandungan-kandungannya dan sedikit penerangan tentang kebaikan untuk kulit muka.

Minyak Jojoba - Minyak ini terkenal dengan fungsi sebagai pelembab kulit. Dengan kehadiran kandungan ini, Naturactor Cover Face mampu menghidratkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Beras - Kandungan beras yang terdapat di dalam produk Naturactor Cover Face membuatkan produk ini mampu untuk menyerap minyak berlebihan yang terhasil dari kulit wajah.

Vitamin E - Kandungan ini membantu meningkatkan tahap metabolisma dan sistem imun di kulit wajah untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat dan sebarang cela.

Kandungan-kandungan yang saya senaraikan ini adalah digunakan di dalam produk Naturactor Cover Face yang dihasilkan oleh kilang Meiko Cosmetics di Osaka, Jepun. Saya tidak pasti apakah kandungan yang terdapat di dalam produk Naturactor Cover Face yang tiruan. Saya sarankan untuk pembaca supaya tidak menggunakan produk Meiko Cosmetics tiruan yang diragui kandungannya untuk mengelakkan apa-apa masalah ke atas kulit muka pembaca di masa hadapan.

Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dari golongan Muslim yang masih ragu-ragu tentang status halal bagi produk-produk dari syarikat Meiko Cosmetics.

- Meiko Cosmetics Utara
http://www.facebook.com/meikocosmetics.utara

04 Februari 2014

Produk Meiko Cosmetics di Utara Malaysia

Meiko Cosmetics Naturactor Foundation Jepun
Stok Naturactor Foundation yang kami import dari Osaka, Jepun untuk dijual di pasaran Semenanjung Utara, Malaysia.

Terima kasih kerana sudi melawat blog Meiko Cosmetics Utara. Kami merupakan pengedar sah produk Meiko Cosmetics yang tulen / original di bawa dari Osaka, Jepun.

Banyak cabaran yang perlu kami tempuhi sebelum dapat menjadi pengedar sah bagi syarikat Meiko Cosmetics, terutamanya apabila ingin mendidik para pengguna bagaimana untuk membezakan antara produk Meiko Cosmetics yang tulen dan tiruan.

Kami mendapat informasi bahawa di bahagian utara, di Kedah khususnya, belum ada lagi penjual yang menjual produk Meiko Cosmetics yang tulen. Ia adalah satu benda yang tidak menghairankan kerana kami mendapat laporan bahawa produk Meiko Cosmetics yang dipakai oleh pengguna tidak berkualiti.

Produk Meiko Cosmetics yang sering menjadi mangsa tiruan adalah Naturactor Foundation / Naturactor Cover Face. Pengguna yang menggunakan Naturactor Foundation tiruan mendapati teksturnya berminyak dan ini adalah berbeza dengan Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun. Lebih teruk lagi, terdapat kes yang mana wajah si pengguna telah tumbuh jerawat selepas menggunakan Naturactor Foundation yang palsu.

Di post yang akan datang, saya akan membuat sedikit artikel tentang bagaimana untuk membezakan antara produk Naturactor Foundation yang tulen dan palsu. Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan di masa akan datang.

p/s: Sekiranya anda sedang mencari produk Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun, anda boleh like page http://www.facebook.com/meikocosmetics.utara untuk mendapatkannya dengan harga promosi.