05 Februari 2014

Adakah produk Meiko Cosmetics halal digunakan oleh Muslim?

Meiko Cosmetics halal
Pertanyaan oleh pengguna Muslim tentang status halal untuk produk Meiko Cosmetics
Menggunakan produk yang halal adalah satu kewajipan yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim. Halal bermaksud sesuatu produk yang bebas daripada kandungan yang dikategorikan sebagai najis (tidak suci) didalam agama Islam, contohnya seperti khinzir, ayam yang tidak disembelih, makanan yang tidak diproses dengan cara yang bersih dan lain-lain. Dalam kata lain, ianya kandungan yang akan membawa mudarat ke atas tubuh badan manusia.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, adakah produk dari Meiko Cosmetics halal digunakan oleh pengguna Muslim? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat apakah kandungan yang terdapat di dalam produk Meiko Cosmetics itu sendiri.

Bagi produk Naturactor Cover Face yang dipasarkan oleh Meiko Cosmetics, kandungannya adalah 100% organik dari tumbuh-tumbuhan. Ianya bermaksud, kandungan di dalam produk ini tidak menggunakan bahan kimia yang dapat memudaratkan tubuh badan dan suci.

Organik Meiko Cosmetics
Standard organik sesuatu produk yang dikuatkuasakan oleh negara Jepun. boleh lihat di http://en.wikipedia.org/wiki/Organic_certification untuk rujukan.

Untuk pengetahuan pembaca, Jepun merupakan salah satu negara yang amat tegas di dalam sikap disiplin dan  kebersihan dalam memproses sesuatu produk. Syarikat Meiko Cosmetics juga adalah salah satu syarikat yang menekankan sikap yang sama di dalam proses pembuatan produk mereka.

Untuk melihat dengan lebih mendalam tentang kandungan Naturator Cover Face oleh Meiko Cosmetics, berikut adalah kandungan-kandungannya dan sedikit penerangan tentang kebaikan untuk kulit muka.

Minyak Jojoba - Minyak ini terkenal dengan fungsi sebagai pelembab kulit. Dengan kehadiran kandungan ini, Naturactor Cover Face mampu menghidratkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Beras - Kandungan beras yang terdapat di dalam produk Naturactor Cover Face membuatkan produk ini mampu untuk menyerap minyak berlebihan yang terhasil dari kulit wajah.

Vitamin E - Kandungan ini membantu meningkatkan tahap metabolisma dan sistem imun di kulit wajah untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat dan sebarang cela.

Kandungan-kandungan yang saya senaraikan ini adalah digunakan di dalam produk Naturactor Cover Face yang dihasilkan oleh kilang Meiko Cosmetics di Osaka, Jepun. Saya tidak pasti apakah kandungan yang terdapat di dalam produk Naturactor Cover Face yang tiruan. Saya sarankan untuk pembaca supaya tidak menggunakan produk Meiko Cosmetics tiruan yang diragui kandungannya untuk mengelakkan apa-apa masalah ke atas kulit muka pembaca di masa hadapan.

Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dari golongan Muslim yang masih ragu-ragu tentang status halal bagi produk-produk dari syarikat Meiko Cosmetics.

- Meiko Cosmetics Utara
http://www.facebook.com/meikocosmetics.utara

04 Februari 2014

Produk Meiko Cosmetics di Utara Malaysia

Meiko Cosmetics Naturactor Foundation Jepun
Stok Naturactor Foundation yang kami import dari Osaka, Jepun untuk dijual di pasaran Semenanjung Utara, Malaysia.

Terima kasih kerana sudi melawat blog Meiko Cosmetics Utara. Kami merupakan pengedar sah produk Meiko Cosmetics yang tulen / original di bawa dari Osaka, Jepun.

Banyak cabaran yang perlu kami tempuhi sebelum dapat menjadi pengedar sah bagi syarikat Meiko Cosmetics, terutamanya apabila ingin mendidik para pengguna bagaimana untuk membezakan antara produk Meiko Cosmetics yang tulen dan tiruan.

Kami mendapat informasi bahawa di bahagian utara, di Kedah khususnya, belum ada lagi penjual yang menjual produk Meiko Cosmetics yang tulen. Ia adalah satu benda yang tidak menghairankan kerana kami mendapat laporan bahawa produk Meiko Cosmetics yang dipakai oleh pengguna tidak berkualiti.

Produk Meiko Cosmetics yang sering menjadi mangsa tiruan adalah Naturactor Foundation / Naturactor Cover Face. Pengguna yang menggunakan Naturactor Foundation tiruan mendapati teksturnya berminyak dan ini adalah berbeza dengan Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun. Lebih teruk lagi, terdapat kes yang mana wajah si pengguna telah tumbuh jerawat selepas menggunakan Naturactor Foundation yang palsu.

Di post yang akan datang, saya akan membuat sedikit artikel tentang bagaimana untuk membezakan antara produk Naturactor Foundation yang tulen dan palsu. Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan di masa akan datang.

p/s: Sekiranya anda sedang mencari produk Naturactor Foundation yang tulen dari Jepun, anda boleh like page http://www.facebook.com/meikocosmetics.utara untuk mendapatkannya dengan harga promosi.